Saturday, July 10, 2010

Kempen Anti Denggi HBUK 2010





Pada 5 july lps, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan perkerjaan bersama my unit telah mengadakan kempen anti denggi sempena minggu keselamatan dan kesihatan perkerjaan (atau disebabkan kerja hakiki aku plus akupun ahli jawatankuasa JKKP HBUK). Biasalah kadar jangkitan dan kematian (prevelen dan insiden kes) H1N1 telah pun berkurangan (hmmm...) tapi kadar prevelen dan insiden denggi pula semakin meningkat. Menurut laporan yang diterima di JKN lewat jun lepas, kadar kes jangkitan telah berkurangan tapi kadar kematian semakin meningkat. Pada tahun lepas kadar kematian disebabkan denggi adalah 80 kematian. Tapi pada tahun ini sehingga bulan jun dilaporkan sebanyak 81 kes kematian di terima menerusi reten di bahagian vektor KKM. Hmmmm...baru setengah tahun dah 81 kematian. Apa sebabnya??? Ok kita tgk vektor dulu. Off course ianya disebabkab oleh Aedes agepti dan sekarang ianya telah bermutasi dan menjadi sgt advance sehingga memenangi anugerah sebagai'superefficent' vector! Bayangkan mana tak effisennya, virus tersebut boleh mendiami hostnya (nyamuk tadi) selama 5 generasi!!! Ok, sebab yang kedua, manusia juga yang terdiri daripada anda dan aku....kurang menitikberatkan kebersihan bukan sahaja dalam rumah tetapi diluar rumah, termasuklah persekitaran. Banyak sangat tempat pembiakan anak2 nyamuk (jentik/larva)di dalam dan luar rumah/pejabat/premis/sekolah/kompound/dsb. Aku teringat satu pharse daripada senior aku masa join kursus kat PD tak silapnye...'Orang kita suka simpan sampah, contohnya paper lama, kotak, botol, tin dsb'. Agak gaklah sebab tu byk sgt nyamuk2 ni. Anyway, tuk sesiapa yg baca blog ni, cara nak elak daripada komplikasi akibat denggi senang aje, kita search n destroy tempat pembiakan nyamuk aedes paling kurang 10 minit seminggu. kita tgk balik tmpt yg berpontensi pembiakan nyamuk aedes ni mcm pasu bunga, kolah, tin2, tong sampah, dsbnya. Ingat, tiada aedes tiada denggi!!!

No comments:

Post a Comment